Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2ZMWvM5au sweet aisyah : July 2013

Pages

Tuesday, 23 July 2013

Produk kecantikan haram guna artis popular diserbu



 * DUA pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memeriksa mesin memproses suplemen kecantikan dalam serbuan di sebuah kilang di Semenyih, Selangor, semalam.
HULU LANGAT, SELASA, 23 Julai, 2013: Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.

Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.

Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).

Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.

Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.

Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.

Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.

"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.

Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.

Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya. - UTUSANaa 

Sunday, 21 July 2013

NASI AYAM EXPRESSS






Nasi ayam ni sebenarnya mmg dah sinonim dah kepada orang malaysia ,entah mana asalnya nasi ayam pun tak tahu tapi i dapat dari wikipedia heheh gagah tu mengoogle Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah HainanChina. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan danKantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-     usulnya juga di sana SUMBER DARI ;    http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_ayam_Hainan.


 MMG NASI AYAM HAINAN SEDAP DAN A FEW NASI AYAM YANG ALWAYS IN MY TASTE BUDS ADALAH  Nasi ayam Chee Meng Jln Bukit Bintang http://cheemeng.com.my/ dan nasi ayam kak laili subang jaya ,nasi ayam keramat ,nasi ayam sun two kota bharu and a few kedai lagi .tapi nasi ayam chee meng is the best yang saya pernah makan ,perghhhh sedap . tapi ni nasi ayam version aku yang mmg express its take around 1 jam 15 minit je berkejar dari ofis nak bukak puasa ,nasib ayam tu baru beli taklah mengeras je  hehhe .walau tak cukup masa sempat lagi buat cucur udang best ni hehhe lembut je pastu esoknya stay tak basi 

resepi dia Nasi Ayam expresss rini 

Bahan-bahan:

    Bahan untuk ayam (direbus) :
    • 1 ekor ayam dipotong 8 lepas tu aku potong kecil lagi mudah nak makan 
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 cm halia yg diketuk
    • 1 kiub ayam
    Bahan untuk ayam (diperap) :
    • 1 sudu besar kicap pekat karemel 
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 cm halia
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 sudu besar kicap cair
    • Sedikit madu untuk sapuan
    Bahan untuk nasi:
    • 3 cawan beras
    • 4 cawan air rebusan ayam/dah tak sempat nak ambik air rebuasan aku masukkan kiub knoor dan tmbh air biasa 
    • 2 sudu besar butter
    • 1 cm halia – ditumbuk
    • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
    • Sedikit garam
    • 1 kayu manis*
    • 2 helai daun pandan
    Bahan untuk sos:
    • 5 biji cili merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 cm halia
    • 1 sudu besar cuka
    • 1 sudu teh garam
    • 1 sudu teh gula
    • 1/2 cawan air rebusan ayam
    Bahan untuk sup:
    • Air rebusan ayam
    • 1 biji bawang besar kisar
    • Garam
    • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
    Bahan untuk kuah kicap:
    • Kuah kicap perapan ayam di atas
    • Kicap manis cap kipas udang
    • Sedikit garam
    • Air rebusan ayam

    Cara Membuat:

      Cara untuk ayam:
      1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
      2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
      3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)X SAMPAI SBB TAK CUKUP MASA 
      4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
      Cara untuk memasak nasi:
      1. Basuh beras dan tos air.
      2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan,  halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
      Cara untuk memasak sos:
      1. Kisarkan semua bahan di atas.
      2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
      Cara untuk memasak kuah kicap:
      1. Campurkan semua bahan untuk kicap Dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.




      kalu tgk cucur ni tak cantikkan tapi rasa dia lembut sangat

      nak kongsi lah resepi cucur ni ...jom tgk resepi
      Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna(thanks kak )CREDIT TO : http://mamawandiha.blogspot.com

      Bahan2
      3 ½  cawan tepong gandum*
      1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
      2 cawan isi udang
      3 cawan air suam sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
      1 ¼  sudu kecil garam (atau secukup rasa)
      ½  cekak daun kuchai ~kita letak kangkung dan daun bawang 
      1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
      ½ sudu kecil kunyit serbuk
      1 biji telur
      1 sudu kcil minyak panas 
      1 sudu kecil cuka 
      Minyak untuk menggoreng

      cara --caranya 

      kopek kulit udang ....lepastu gaulkan dengan semua bahan dia atas dan goreng dengan minyak panas ..best buat buka puasa cicah dgn pencicah ......YANG PALING BEST CUCUR NI TAK SERAP MINYAK 
      RESEPI HOMEMADE MACARONI AND CHEESE
      ACTUALLY DIA VERSI BAKAR TAPI KITA TAK BAKAR PUN BUAT KONON MACAM MAC AND CHEESE KENNY ROGERS )

      2 SUDU BESAR BUTTER 
      2 SUDU BESAR TEPUNG 
      150 ML SUSU SEGAR 
      4 KEPING CHEDDAR CHEESE 
      250 GM MAKARONI (REBUS DAN + MINYAK SIKIt)

      ATURAN NAK BUAT BECHAMEL SAUCE NI ...........CAIRKAN BUTTER ,LETAK TEPUNG BIAR DIA BERGENTEL SIKIT PASTU MASUKKAN SUSU SEGAR BIAR DI RENEH KEJAP PASTU MASUKKAN CHEDDAR CHEESE YANG DI POTONG (UTK MUDAH MELT )PASTU TADAAAAAA ..MAKANAN KEGEMARAN TISYA KEJAP LAGI TAK YAH BLI KAT KENNY ROGERS DAH MAMA ,MAMA PUNYA LAGI SEDAP ([PERASANNYA AKU ) 


      CHEESE

      HOMEMADE MACARONI AND CHEESE


      Monday, 8 July 2013

      BACHOK KELANTAN ,PK HEM DI TEMBAK MATI

      Gambar Guru di tembak Di Bachok , Kelantan MAKLUMAT AWAL SATU KES TEMBAK BERLAKU DI BERHAMPIRAN SEKOLAH KEB. BERIS PANCHOR, BACHOK PADA JAM 2.00 PTG. 

      SUSPEK TELAH MELEPASKAN 3 DAS TEMBAKAN KE ATAS 1 L MELAYU  YANG BERADA DI DALAM M/KAR MERCEDES. MANGSA MATI DITEMPAT KEJADIAN. 

      Maklumat Mangsa :
      Nama : Hashim Mat Zin
      Umur : 40an
      Kerja: Pen. Kanan HEM Sek. Keb. Beris Panchor, Bachok.

      Kemaskini...

      Punca Sebenar Kejadian

      Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, mangsa telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dan lain-lain . Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB utk bedah siasat yg dijangka akan dijalankan malam ini.


      kata satu sumber yang saya baca dari facebook , kereta tu bergerak sendiri masuk ke perkarangan rumah  .dan beliau meninggal di situ .Ya Allah selamatkan bumi kelantan ni  dari kekejaman begini .kejadian ni berlaku dekat dengan tmpt aku pulak tu ..

      Thursday, 4 July 2013

      Gambar Ombak Tinggi Melanda Pulau Pinang


      Ombak Tinggi Melanda Pulau Pinang. Ombak kuat dengan ketinggian lebih 3.5 meter sehingga menyebabkan air laut melimpah di kawasan Padang Kota Lama dan mengenai beberapa kenderaan di kawasan meletak kereta.
      Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata fenomena itu dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan dijangka berterusan sehingga Jumaat.
      “Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil dan kegiatan rekreasi laut,” katanya di sini Khamis.
      Beliau berkata walaupun masih berada pada kategori pertama, nelayan dinasihat tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.
      Tinjauan di Padang Kota Lama mendapati ombak melepasi benteng sehingga air laut melimpah di bahu jalan.
      Presiden Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang Alias Shafie ketika dihubungi berkata ramai nelayan di sebelah tanah besar tidak turun ke laut pagi ini susulan angin kencang dan laut bergelora.
      “Saya ada terima aduan di pantai Bagan Ajam Butterworth berlaku ribut sederhana diselangi hujan awal pagi tadi.
      “Justeru saya nasihat para nelayan peka kepada perubahan cuaca dan tidak ke laut dalam keadaan cuaca buruk ini,” katanya. – BERNAMA

      Wednesday, 3 July 2013

      HOME MADE RED HOT DEVIL CURRY CRAB



      HOME MADE  RED HOT DEVIL CURRY CRAB

      kisahnya husband saya bawak balik ketam bubu ,tapi sbb  ketam ni penyakit dia kalu bulan cerah dia  jadi ringan tak tahulah kenapa but that my general knowledge yang pak cik nelayan ajar hehhe ,so selalunya saya rebus je kalu ketam bubu ke "bitor" ke ,tapi sbb ketam tu ringan jadi kita pun buat kari so dapat makan kuah ,sbb kuah kari ketam ni mmg sedap .so bermulalah berkejar kejar buat kari pukul 8.00 mlm hehhe dah lah berkejar kejar nga aisyah lagi .but untuk mendapatkan air tangan isteri dan ibu adalah makanana terbaik so mula lah aku start kari .so kat bawahtu recepi kari homemade yang tak seberapa  hehehhe............

      RESEPI RED HOT DEVIL CURRY CRAB 

      1 kg ketam 
      5 ulas bawang merah 
      1-2 ulas bawang puteh 
      1/2 inci halia 
      1 sudu kecil rempah campur (rempah kat kedai india ada jual-speacial for kari makanan laut )
      rempah kari plastik kecil tu x kiralah babas ke alagapas ke rempah org perempuan memasak ke (rempah kari kelantan )
      2 sudu besar serbuk cili kering 
      daun kari ,
      1 sudu kecil asam jawa (pastu campur air sikit)
      180 ml  santan pekat (pastu campur air ) 
      terung bulat dan tomato (rini sbb ada dalam peti campak je ,tapi best bendi muda)

      CARA-CARANYA :
      Tumis rempah campur ,pastu masuk bawang merah,puteh dan halia (yg dah di tumbuk dgn lesung batu tau not blender )
      bila dah naik bau dan kuning sikit bawang tu  masukkan rempah kari sampai naik baunya ,daun kari dan air asam jawa .bila nampak macam cantik je mengelegak tu naik masukkan santan yang smmg dah ok dah kepekatannya sbb kari ni nak pekat gak nanti turun air ketam .bila dah mengelegak dan naik minyak baru masukkan ketam 5-10minit  last baru masukkan  terung dan buah tomato ,terus di hidangkan hehehhe .siap ada baki tu kita letak mee kuning masukkan dalam kari terus jadi mee ketam hehehhe sedap .

      Monday, 1 July 2013

      MAJLIS PERKAHWINAN DIRAJA PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI DAN TENGKU AMALIN AISYAH PUTRI (ADINDA SULTAN KELANTAN)

      Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin Diraja Kelantan Tengku Amalin Aisyah Putri dan Pengiran Muda Abdul Qawi diatas perkahwinan gilang gemilang yang telah berlansung pada 27 Jun 2013 di Istana Kubang Kerian.
      Pasangan Diraja sangat sesuai dan cantik bab puteri mengenakan persalinan berwarna putih semasa majlis akad nikah berlansung.
      Gambar perkahwinan dan persandingan Diraja Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin Aisyah Putri
      gambar persandingan diraja kelantan tengku amalin aisyah putri
      2gambar kahwin tengku amalin aisyah putri
      4gambar kahwin tengku amalin aisyah putri
      5gambar kahwin tengku amalin aisyah putri
      9180837169_e4ce61259e_o9180837407_6a753db5f3_o
      CANTIK SUNGGUH PUTERI AMBO SAMA CANTIK SAMA PADAN .MOGA BERPANJANGAN HINGGA AKHIR HAYAT  credit to http://tapakkaki.com/