Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2ZMWvM5au sweet aisyah : NASI AYAM EXPRESSS

Pages

Sunday, 21 July 2013

NASI AYAM EXPRESSS






Nasi ayam ni sebenarnya mmg dah sinonim dah kepada orang malaysia ,entah mana asalnya nasi ayam pun tak tahu tapi i dapat dari wikipedia heheh gagah tu mengoogle Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah HainanChina. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan danKantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-     usulnya juga di sana SUMBER DARI ;    http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_ayam_Hainan.


 MMG NASI AYAM HAINAN SEDAP DAN A FEW NASI AYAM YANG ALWAYS IN MY TASTE BUDS ADALAH  Nasi ayam Chee Meng Jln Bukit Bintang http://cheemeng.com.my/ dan nasi ayam kak laili subang jaya ,nasi ayam keramat ,nasi ayam sun two kota bharu and a few kedai lagi .tapi nasi ayam chee meng is the best yang saya pernah makan ,perghhhh sedap . tapi ni nasi ayam version aku yang mmg express its take around 1 jam 15 minit je berkejar dari ofis nak bukak puasa ,nasib ayam tu baru beli taklah mengeras je  hehhe .walau tak cukup masa sempat lagi buat cucur udang best ni hehhe lembut je pastu esoknya stay tak basi 

resepi dia Nasi Ayam expresss rini 

Bahan-bahan:

    Bahan untuk ayam (direbus) :
    • 1 ekor ayam dipotong 8 lepas tu aku potong kecil lagi mudah nak makan 
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 cm halia yg diketuk
    • 1 kiub ayam
    Bahan untuk ayam (diperap) :
    • 1 sudu besar kicap pekat karemel 
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 cm halia
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 sudu besar kicap cair
    • Sedikit madu untuk sapuan
    Bahan untuk nasi:
    • 3 cawan beras
    • 4 cawan air rebusan ayam/dah tak sempat nak ambik air rebuasan aku masukkan kiub knoor dan tmbh air biasa 
    • 2 sudu besar butter
    • 1 cm halia – ditumbuk
    • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
    • Sedikit garam
    • 1 kayu manis*
    • 2 helai daun pandan
    Bahan untuk sos:
    • 5 biji cili merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 cm halia
    • 1 sudu besar cuka
    • 1 sudu teh garam
    • 1 sudu teh gula
    • 1/2 cawan air rebusan ayam
    Bahan untuk sup:
    • Air rebusan ayam
    • 1 biji bawang besar kisar
    • Garam
    • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
    Bahan untuk kuah kicap:
    • Kuah kicap perapan ayam di atas
    • Kicap manis cap kipas udang
    • Sedikit garam
    • Air rebusan ayam

    Cara Membuat:

      Cara untuk ayam:
      1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
      2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
      3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)X SAMPAI SBB TAK CUKUP MASA 
      4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
      Cara untuk memasak nasi:
      1. Basuh beras dan tos air.
      2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan,  halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
      Cara untuk memasak sos:
      1. Kisarkan semua bahan di atas.
      2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
      Cara untuk memasak kuah kicap:
      1. Campurkan semua bahan untuk kicap Dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.




      kalu tgk cucur ni tak cantikkan tapi rasa dia lembut sangat

      nak kongsi lah resepi cucur ni ...jom tgk resepi
      Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna(thanks kak )CREDIT TO : http://mamawandiha.blogspot.com

      Bahan2
      3 ½  cawan tepong gandum*
      1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
      2 cawan isi udang
      3 cawan air suam sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
      1 ¼  sudu kecil garam (atau secukup rasa)
      ½  cekak daun kuchai ~kita letak kangkung dan daun bawang 
      1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
      ½ sudu kecil kunyit serbuk
      1 biji telur
      1 sudu kcil minyak panas 
      1 sudu kecil cuka 
      Minyak untuk menggoreng

      cara --caranya 

      kopek kulit udang ....lepastu gaulkan dengan semua bahan dia atas dan goreng dengan minyak panas ..best buat buka puasa cicah dgn pencicah ......YANG PALING BEST CUCUR NI TAK SERAP MINYAK 
      RESEPI HOMEMADE MACARONI AND CHEESE
      ACTUALLY DIA VERSI BAKAR TAPI KITA TAK BAKAR PUN BUAT KONON MACAM MAC AND CHEESE KENNY ROGERS )

      2 SUDU BESAR BUTTER 
      2 SUDU BESAR TEPUNG 
      150 ML SUSU SEGAR 
      4 KEPING CHEDDAR CHEESE 
      250 GM MAKARONI (REBUS DAN + MINYAK SIKIt)

      ATURAN NAK BUAT BECHAMEL SAUCE NI ...........CAIRKAN BUTTER ,LETAK TEPUNG BIAR DIA BERGENTEL SIKIT PASTU MASUKKAN SUSU SEGAR BIAR DI RENEH KEJAP PASTU MASUKKAN CHEDDAR CHEESE YANG DI POTONG (UTK MUDAH MELT )PASTU TADAAAAAA ..MAKANAN KEGEMARAN TISYA KEJAP LAGI TAK YAH BLI KAT KENNY ROGERS DAH MAMA ,MAMA PUNYA LAGI SEDAP ([PERASANNYA AKU ) 


      CHEESE

      HOMEMADE MACARONI AND CHEESE


      No comments :

      Post a Comment