Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2ZMWvM5au sweet aisyah : September 2013

Pages

Saturday, 21 September 2013

KESIAN!!! Bayi Muntah Darah Meninggal Di Pusat Asuhan

KESIAN!!! Bayi Muntah Darah Meninggal Di Pusat Asuhan | “Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya,” kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.
Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.
Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.
“Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.
“Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.
Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.
“Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.
“Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu,” katanya.
Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.
“Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya – Hmetro Online

RESEPI NASI MANDY or NASI ARAB WAJIB CUBA

nasi mandhi  or nasi arab 
nasi mandhi siap dgn acar dan salatah nya 
ayam utk direbus 
ALHAMDULILAH AFTER REVIEW BEBERAPA BLOG,YOUTUBE  PENCARIAN HAMPIR SEMINGGU AKHIRNYA MENJADI JUGAK NASI MANDY .ALHAMDULILAH SANGAT SEDAP HEHHE ,IN SHA ALLAH  DAH BERANI BUAT JAMUAN .ANYWAY KREDIT UTK KAK AZIEaziejaya.blogspot.com ,mamasya "http://dapur-mamasya.blogspot.com, DAN ARAB FOOD .http://arabic-food.blogspot.com/...
SELAMA NI MMG GEMAR SGT MAKAN NASI ARAB NI,SEPINGGANG ADALAH RM 12 KE 15 RINGGIT  NI BUAT SENDIRI PUAS HATI MAKAN ...YANG PALING BEST MY HUBBY MAKAN BERTAMBAH TAMBAH HEHE

RESEPI NASI MANDY

Bahan A
 4 cawan beras basmathi (tambahan saya rendam 15 ke 20 minit lepastu tos keringkan)
1/2 cawan minyak zaitun  (tapi saya masukkan minyak biasa campur sikit je zaitun tapi org arab masukkan                                              minyak jagung )
2 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - mayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 helai daun bay
3 helai daun pandan -
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara (panaskan arang lepastu balut dlm alumium foil yg di letak minyak)

Bahan B
1 ekor ayam di potong 8
1/2 cm halia
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 helai daun salam
1 sudu makan minyak masak
1 liter air (agak2 ayam tenggelam)
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara
Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau.

Cara cara nak masak nasi
Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker.Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan aluminium foil di tengah tengah nasi.  Masukkan  minyak dan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk. Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.

SALSA
Bahan bahan
4 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 batang carrot -potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
Garam
Gula
5 tangkai daun ketumbar (hiris halus)
Cara cara
Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.

Bahan2 utk salatoh :
 buah tomato masak, 
cili hijau(ikut kepedasan masing2) 
sedikit bawang putih. 
tambahkan air, 
garam. 
gula 
Kemudian blender sekejap.