Tuesday, 21 October 2014
Sunday, 21 September 2014
Aisyah duk spital.
Aisyah duk spital ...untuk mri .wahh malam ni aisyah tidur hospital. ...adoi kesian anak mama .malam ni kena puasa entah macammana lah.nak buat mri pulok esok pukul 9.30 pg.under sedation .anyway it also for her.to know what exactly the cause .and what should be done after this
Labels:
husm
Thursday, 28 August 2014
Hidroterapi
Aisyah kena buat hidroterapi kt great.life physioterapi last week.heee mula mula cikgu nadia dah tunggu ngan air suam suam kuku.mula mula ok.pastu nampak.buble terus aisyah nangis.tulah anak mama.hidroterapi kena buat dlm 30 ke 40 minit.dia nangis start masuk sampai.keluar kolam.
Tapi syukur lepastu dia ada.tenaga nak pijak kolam tu
Alhamdulilah
Labels:
hydrotherapy
Tuesday, 1 July 2014
Virus JE Kini Menyerang
Nyamuk Culex Pembawa Virus JE
Virus JE Kini Menyerang
Info serius pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai Virus JE yang kini semakin serius. Mengikut laporan, sebanyak 16 kes jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) dengan empat kematian telah dikenalpasti sehingga semalam. Mangsa terbaru yang disyaki dijangkiti virus JE ialah seorang murid berusia 12 tahun dari Pulau Pinang.
Hasil siasatan mendapati mangsa terdedah kepada gigitan nyamuk pembawa virus JE semasa menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan sekolah, yang terletak berhampiran dengan ladang khinzir, pada 24 hingga 26 April yang lepas.
Apa Itu JE?
JE adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex.
Tanda-Tanda Serangan JE
1. Demam
2. Sakit kepala
3. Lemah anggota badan
4. Resah meracau
5. Mengantuk
6. Sawan
7. Lumpuh
8. Tidak sedarkan diri/koma.
Pada peringkat awal, kebanyakan mangsa yang dijangkiti oleh virus ini akan mempamerkan tanda-tanda yang ringan atau mungkin juga, tiada tanda sama sekali. Namun pada peringkat yang lebih teruk, JE boleh menyebabkan kematian.
Simptom-simptom awal jangkitan virus JE adalah seperti selesema, sakit kepala, demam dan tidak bermaya. Pada tahap yang lebih teruk, mangsa akan mengalami masalah gastrousus seperti muntah serta berasa keliru dan meracau-racau.
Simptom-simptom awal jangkitan virus JE adalah seperti selesema, sakit kepala, demam dan tidak bermaya. Pada tahap yang lebih teruk, mangsa akan mengalami masalah gastrousus seperti muntah serta berasa keliru dan meracau-racau.
Bagaimana Virus JE Merebak?
Virus JE membiak di dalam tubuh khinzir. Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah khinzir, ia membawa bersama virus JE. Manusia boleh mendapat jangkitan JE jika digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus.
Tempoh pengeraman iaitu dari jangka masa seseorang itu mulai dijangkiti sehingga gejala-gejala JE muncul mengambil masa di antara empat hingga 16 hari.
Penyakit JE tidak boleh merebak daripada manusia kepada manusia. Misalnya, seseorang itu tidak boleh dijangkiti oleh virus sekiranya ia bersentuhan, bersalam atau mencium pesakit JE.Hanya nyamuk Culex sahaja boleh meyebarkan virus JE. Ia membiak di tempat takungan air semula jadi yang kotor seperti kolam, lopak air, parit dan sawah padi.
Nyamuk Culex biasanya menggigit pada waktu senja hingga subuh iaitu di antara pukul 6.30 petang hingga 6.30 pagi. Nyamuk Culex lebih gemar menggigit khinzir berbanding manusia.
Langkah Pencegahan JE
Sama seperti Denggi, Virus JE juga boleh dicegah dengan beberapa cara. Antaranya:
1. Elakkan kawasan takungan air yang boleh menggalakkan pembiakan nyamuk.
2. Menggunakan ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk elektrik
3. Menggunakan baju serta seluar panjang yang bewarna cerah ketika keluar rumah.
4. Mendapatkan suntikan vaksin JE bagi mengelakkan trisiko serangan JE.
So hati-hati semua. Jika ada diantara mereka-mereka yang kita kenali mempunyai simptom demam, sakit kepala, loya dan muntah yang berlarutan segeralah dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.
So hati-hati semua. Jika ada diantara mereka-mereka yang kita kenali mempunyai simptom demam, sakit kepala, loya dan muntah yang berlarutan segeralah dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.
Sunday, 29 June 2014
Bio velocity sleepmate
Bio velocity bio adalah kepantasan kehidupan .alhamdulialh aisyah guna ni menjadi .sangat baik untuk penderita sakita saraf .
kongsi dari blog http://thereasion.blogspot.com/
ÙˆَÙƒَÙ„َّÙ…َ ٱللَّÙ‡ُ Ù…ُوسَÙ‰ٰ تَÚªۡÙ„ِيمً۬ا
...Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). An-nisa (164)
Ayat ini diajar oleh sahabat ku Azah, ini mesej bergunanya buat ku & aku juga ingin kongsikan buat mereka yang di luar sana yang mempunyai masalah anak lambat bercakap, kita berusaha, berdoa & bertawakkal kepada Allah ... and Thanks Azah sebab sudi share dengan kita :)
Hi liza,
aku terbaca dlm buku rawatan dato dr haron din. Cubala k. Kene yakin yg Allah maha kuasa.
Baca surah alfatihah dan baca surah an-nisaa' ayat 164 pada madu dan sapukan madu itu di bawah lidah yasmeen.
Ayat surah an-nisaa 164
Wa kallamallahu musa taklima.
insyaaallah.
Azah
...Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). An-nisa (164)
Ayat ini diajar oleh sahabat ku Azah, ini mesej bergunanya buat ku & aku juga ingin kongsikan buat mereka yang di luar sana yang mempunyai masalah anak lambat bercakap, kita berusaha, berdoa & bertawakkal kepada Allah ... and Thanks Azah sebab sudi share dengan kita :)
Hi liza,
aku terbaca dlm buku rawatan dato dr haron din. Cubala k. Kene yakin yg Allah maha kuasa.
Baca surah alfatihah dan baca surah an-nisaa' ayat 164 pada madu dan sapukan madu itu di bawah lidah yasmeen.
Ayat surah an-nisaa 164
Wa kallamallahu musa taklima.
insyaaallah.
Azah
Spech and ot theraphy session
First session theraphy session 28/6/2014
Aisyah dan kakak trisya duk buat screening ngan cikgu adi |
alhamdulilah aisyah boelh lepasi screening walaupun bukan 100 tapi ok lah |
aisyah dah pandai dah main main ngan kakak |
Labels:
Aisyah
Saturday, 28 June 2014
Wanita OKU dikurung di bawah rumah
TUMPAT 27 Jun - Kurang seminggu, negara digemparkan dengan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di Negeri Sembilan, Sabtu lalu, satu lagi kisah yang hampir serupa berlaku di negeri ini.
Dalam kejadian di sini, seorang wanita OKU yang dikurung di bawah rumahnya di Kampung Pasir, Pekan Hulu di sini sejak lebih 10 tahun lalu, diselamatkan oleh polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, hari ini.
Ketika diselamatkan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nazitah berada dalam keadaan tidak terurus, kurus manakala 'bilik khas' di bawah rumah yang menjadi tempat dia dikurung itu pula dipenuhi najis, sempit dan gelap serta hanya menerima bekalan air dari luar.
Wanita yang berusia 30-an itu dipercayai dikurung oleh ahli keluarganya sendiri selepas kematian ibu bapanya. Dia yang mempunyai masalah sindrom down kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharudin Rasip memberitahu, mangsa ditemui pada pukul 3.30 petang oleh penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis dan JKM.
Katanya, polis dan JKM yang tiba di lokasi kejadian selepas itu mendapati mangsa dikurung di bawah rumah dan berada dalam keadaan yang menyedihkan.
"Polis terpaksa memotong jeriji besi pada bilik berkenaan untuk mengeluarkan mangsa yang dibiarkan seorang diri. Mangsa dipercayai dikurung selepas kematian kedua-dua ibu bapanya kira-kira 10 tahun lalu," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Zaharudin berkata, maklumat awal yang diperoleh, mangsa dijaga oleh abang kandungnya yang tinggal berdekatan rumah berkenaan.
"Kita akan menjejaki abang mangsa dan siasat punca mangsa dikurung. Daripada maklumat awal juga kita mendapati mangsa dikurung kerana bimbang dia merayau di tempat awam," katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Rubiah Abdullah, 54, berkata, dia sedih dan langsung tidak tahu mangsa dikurung dalam keadaan menyayat hati di rumah berkenaan.
"Apa yang saya tahu, ahli keluarganya memang tidak membiarkan mangsa berkeliaran di tempat awam tetapi tidak sangka dikurung pula di situ," katanya
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140628/dn_10/Wanita-OKU-dikurung-di-bawah-rumah#ixzz35z8FDqQ8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sunday, 22 June 2014
Budak oku yg dikurung .kurus kering
Ya Allah kucing pun sayang kan anak dia ini kan manusia.perumpamaan tu dah semakin tidak tepat dan salah sama sekali kalu tgk berita dua hari lepas bila budak cp dia buat macam tu .Kalu tak nak sangat anak tu baik letak jer kat umah anak anak yatim ker .Tahu tak tu ank syurga makan apa lah budak ni .sah sah dah lama tak makan .Tragis betul cerita ni dan membuatkan ramai yang terkesan dgn berita ni .Sumber: Berita Terkini Budak OKU Dikurung Hingga Kurus Kering | melvister.com
Berita terkini kes budak OKU dikurung hingga kurus kering di Rumah Pangsa Taman Semarak. Operasi menbanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) pada awal 2 pagi 21 Jun 2014 di rumah pangsa di Taman Semarak Nilai membawa kepada penemuan seorang budak lelaki OKU dalam keadaan tragis. Budak OKU yang dipercayai berusia 15 tahun itu ditemui dengan keadaan kurus kering dan mengenakan baju yang hampir reput. Difahamkan budak OKU itu telah dikurung dalam salah satu bilik rumah tersebut tanpa diberi makan dan minum. Manakala suasana rumah itu juga penuh dengan najis dan bau yang kurang menyenangkan. Susulan itu, ibu kepada remaja OKU tersebut yang dipercayai berasal dari Sabah ditahan untuk siasatan lanjut.
Berita terkini kes budak OKU dikurung hingga kurus kering di Rumah Pangsa Taman Semarak. Operasi menbanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) pada awal 2 pagi 21 Jun 2014 di rumah pangsa di Taman Semarak Nilai membawa kepada penemuan seorang budak lelaki OKU dalam keadaan tragis. Budak OKU yang dipercayai berusia 15 tahun itu ditemui dengan keadaan kurus kering dan mengenakan baju yang hampir reput. Difahamkan budak OKU itu telah dikurung dalam salah satu bilik rumah tersebut tanpa diberi makan dan minum. Manakala suasana rumah itu juga penuh dengan najis dan bau yang kurang menyenangkan. Susulan itu, ibu kepada remaja OKU tersebut yang dipercayai berasal dari Sabah ditahan untuk siasatan lanjut.
Update Terkini: Remaja lelaki OKU yang berusia 15 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Firdaus Dullah dan merupakan seorang warganegara Malaysia. Ibunya yang berasal dari Sabah merupakan ibu tunggal setelah berpisah dengan suami. Penyakit yang dihidapi remaja OKU tersebut dikenali sebagai ‘celebral palsy’ iaitu penyakit kegagalan bahagian otak untuk mengawal pergerakan otot.
Wajah Sebenar Muhammad Firdaus Dullah Budak OKU
Wajah Sebenar Muhammad Firdaus Dullah Budak OKU
Ini adalah gambar wajah sebenar remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah yang diambil pada 5 November 2011. Berbeza dengan keadaan sekarang apabila si mangsa dilihat dalam keadaan yang terbiar sehingga kurus kering.
Nasi. Ambeng sedap giler
Nasi ambang mmg sedap giler.Ni masa pegi pasar tani shah alam .Bli jer sedap gilerr tapi nak try buat lah dah dapat resepi .pergghh makan nasi ambeng .tapi paling best makan ramai ramai . imiss my old time masa kat Bagan lalang .kat situ ramai org jawa .so time di org kenduri kita yang jakun ni mula mula pelik gak tapi dah biasa sedap weiiiii jom .ni masa saya belek belek ,google mengoogle (ada ke bahasa tuhh) jom kita try nasi ambeng thanks tu sis http://nanadidapur.blogspot.com
Nasi Ambeng
Bahan Ayam Masak Kicap:
1 ekor ayam - dipotong kecil
Sedikit serbuk kunyit - untuk dilumur pada ayam
Rempah tumis 3 sekawan
6 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
2 inci halia - dimayang halus
Sedikit kicap manis
1 camca besar lada hitam - ditumbuk kasar
2 tangkai cili merah - dibelah 2
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji kentang - dihiris dan digoreng
Minyak untuk menumis
Cara buat Ayam Masak Kicap:
1. Ayam dibersihkan, digaulkan dgn garam dan kunyit kemudian digoreng separuh masak. Ketepikan.
2. Tumiskan rempah tumis 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bu nga cengkih) sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia. Tumis sehingga sebati dan garing.
4. Masukkan kicap manis & lada hitam. Kacau sebati. Tuang sedikit air jika kuah terlalu pekat.
5. Masukkan ayam & kentang. Biarkan hingga ayam masak sepenuhnyer.
6. Masukkan garam secukup rasa, bawang hiris, lada hijau dan merah.
Bahan untuk serunding kelapa:
1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
10 tangkai cili kering
1 inc halia
3 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 cawan udang kering
1 cawan ikan bilis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Sedikit belacan
Sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Cara buat serunding kelapa:
1. Kisar kesemua bahan diatas kecuali kelapa.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan kering.
3. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan kering.
4. Setelah garing masukkan kelapa dan kacau hingga betul2 kering dan berderai.
Bahan untuk sayur goreng jawa:
4 keping tempe - dipotong dadu dan digoreng
3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
10 gm suhun - direndam
Kacang panjang - dihiris serong
10 ekor udang - dibuang kulit
1keping tauhu kering - direndam dan dipotong
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar udang kering - dikisar
1 sudu besar ikan bilis - dikisar
1 sudu kicap manis
1 batang cili - dihiris
Garam secukup rasa
Cara buat sayur goreng:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga garing dan harum.
2. Setelah itu masukkan udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering, tauhu, tempe, cili dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan kicap manis bersama garam. Kacau sampai masak.
Bahan untuk Mi Goreng:
Mi kuning
4 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
Cili kering - dikisar
Udang kering
Garam dan gula secukup rasa
Taugeh
Fishball
Udang
Daging - dihiris nipis
Sayur sawi - dipotong
Buah tomato
Tauhu - digoreng
Telur
Cara untuk Mi Goreng:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar hingga garing dan harum.
2. Masukkan telur, daging,fishball,udang dan sos cili dan masak hingga daging empuk.
3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan buah tomato, tauhu dan mee kacau rata dan mesra.
5. Akhir sekali masukkan sawi dan tauge. Kacau rata.
Labels:
Nasi ambeng
Tok Aman Bali hari keluarga LKIM Kelantan 2014
Trisya Rasmi katil |
Trisya ,aisyah dan Tok Ma |
Trisya,Tok Ma ,Aisyah |
Aisyah best jer mandi dlm sinki .Ni kena beli singki gini umah aku ni |
Dari bilik air |
Jom mandi ngan kawan kawan |
dari bilik |
lagi gambar kolam |
corat coret hari family day 2014 |
muzical chair |
pemandangan depan bilik |
Model milo |
meja studu trisya |
Labels:
Tok aman Bali
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)