Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2ZMWvM5au sweet aisyah

Pages

Sunday 21 September 2014

Aisyah duk spital.

Aisyah duk spital ...untuk mri .wahh malam ni aisyah tidur hospital. ...adoi kesian anak mama .malam ni kena puasa entah macammana lah.nak buat mri pulok esok pukul 9.30 pg.under sedation .anyway it also for her.to know what exactly the cause .and what should be done after this

Thursday 28 August 2014

Hidroterapi

Aisyah kena buat hidroterapi kt great.life physioterapi last week.heee mula mula cikgu nadia dah tunggu ngan air suam suam kuku.mula mula ok.pastu nampak.buble terus aisyah nangis.tulah anak mama.hidroterapi kena buat dlm 30 ke 40 minit.dia nangis start masuk sampai.keluar kolam.
Tapi syukur lepastu dia ada.tenaga nak pijak kolam tu
Alhamdulilah

Tuesday 1 July 2014

Virus JE Kini Menyerang



 
Nyamuk Culex Pembawa Virus JE

Virus JE Kini Menyerang


Info serius pilihan 
Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai Virus JE yang kini semakin serius. Mengikut laporan, sebanyak 16 kes jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) dengan empat kematian telah dikenalpasti sehingga semalam. Mangsa terbaru yang disyaki dijangkiti virus JE ialah seorang murid berusia 12 tahun dari Pulau Pinang.

Hasil siasatan mendapati mangsa terdedah kepada gigitan nyamuk pembawa virus JE semasa menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan sekolah, yang terletak berhampiran dengan ladang khinzir, pada 24 hingga 26 April yang lepas.

Apa Itu JE?


JE adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex.

Tanda-Tanda Serangan JE


1. Demam
2. Sakit kepala
3. Lemah anggota badan
4. Resah meracau
5. Mengantuk
6. Sawan
7. Lumpuh
8. Tidak sedarkan diri/koma.

Pada peringkat awal, kebanyakan mangsa yang dijangkiti oleh virus ini akan mempamerkan tanda-tanda yang ringan atau mungkin juga, tiada tanda sama sekali. Namun pada peringkat yang lebih teruk, JE boleh menyebabkan kematian. 

Simptom-simptom awal jangkitan virus JE adalah seperti selesema, sakit kepala, demam dan tidak bermaya. Pada tahap yang lebih teruk, mangsa akan mengalami masalah gastrousus seperti muntah serta berasa keliru dan meracau-racau.
 

Bagaimana Virus JE Merebak?


Virus JE membiak di dalam tubuh khinzir. Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah khinzir, ia membawa bersama virus JE.  Manusia boleh mendapat jangkitan JE jika digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus.

Tempoh pengeraman iaitu dari jangka masa seseorang itu mulai dijangkiti sehingga gejala-gejala JE muncul mengambil masa di antara empat hingga 16 hari.

Penyakit JE tidak boleh merebak daripada manusia kepada manusia. Misalnya, seseorang itu tidak boleh dijangkiti oleh virus sekiranya ia bersentuhan, bersalam atau mencium pesakit JE.
Hanya nyamuk Culex sahaja boleh meyebarkan virus JE. Ia membiak di tempat takungan air semula jadi yang kotor seperti kolam, lopak air, parit dan sawah padi.

Nyamuk Culex biasanya menggigit pada waktu senja hingga subuh iaitu di antara pukul 6.30 petang hingga 6.30 pagi. Nyamuk Culex lebih gemar menggigit khinzir berbanding manusia.

Langkah Pencegahan JE


Sama seperti Denggi, Virus JE juga boleh dicegah dengan beberapa cara. Antaranya: 
1. Elakkan kawasan takungan air yang boleh menggalakkan pembiakan nyamuk. 
2. Menggunakan ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk elektrik
3. Menggunakan baju serta seluar panjang yang bewarna cerah ketika keluar rumah.
4. Mendapatkan suntikan vaksin JE bagi mengelakkan trisiko serangan JE.

So hati-hati semua. Jika ada diantara mereka-mereka yang kita kenali mempunyai simptom demam, sakit kepala, loya dan muntah yang berlarutan segeralah dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Sunday 29 June 2014

Bio velocity sleepmate

Bio velocity bio adalah kepantasan kehidupan .alhamdulialh aisyah guna ni menjadi .sangat baik untuk penderita sakita saraf .

Testimoni bio velocity sleep mates

kongsi dari blog http://thereasion.blogspot.com/

وَكَلَّمَ ٱللَّهُ مُوسَىٰ تَڪۡلِيمً۬ا

...Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). An-nisa (164)  

Ayat ini diajar oleh sahabat ku Azah, ini mesej bergunanya buat ku & aku juga ingin kongsikan buat mereka yang di luar sana yang mempunyai masalah anak lambat bercakap, kita berusaha, berdoa & bertawakkal kepada Allah ... and Thanks Azah sebab sudi share dengan kita :)

Hi liza,
aku terbaca dlm buku rawatan dato dr haron din. Cubala k. Kene yakin yg Allah maha kuasa.

Baca surah alfatihah dan baca surah an-nisaa' ayat 164 pada madu dan sapukan madu itu di bawah lidah yasmeen. 

Ayat surah an-nisaa 164
Wa kallamallahu musa taklima.


insyaaallah.

Azah