Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2ZMWvM5au sweet aisyah : June 2014

Pages

Sunday 29 June 2014

Bio velocity sleepmate

Bio velocity bio adalah kepantasan kehidupan .alhamdulialh aisyah guna ni menjadi .sangat baik untuk penderita sakita saraf .

Testimoni bio velocity sleep mates

kongsi dari blog http://thereasion.blogspot.com/

وَكَلَّمَ ٱللَّهُ مُوسَىٰ تَڪۡلِيمً۬ا

...Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). An-nisa (164)  

Ayat ini diajar oleh sahabat ku Azah, ini mesej bergunanya buat ku & aku juga ingin kongsikan buat mereka yang di luar sana yang mempunyai masalah anak lambat bercakap, kita berusaha, berdoa & bertawakkal kepada Allah ... and Thanks Azah sebab sudi share dengan kita :)

Hi liza,
aku terbaca dlm buku rawatan dato dr haron din. Cubala k. Kene yakin yg Allah maha kuasa.

Baca surah alfatihah dan baca surah an-nisaa' ayat 164 pada madu dan sapukan madu itu di bawah lidah yasmeen. 

Ayat surah an-nisaa 164
Wa kallamallahu musa taklima.


insyaaallah.

Azah

Spech and ot theraphy session

First session theraphy session 28/6/2014
Aisyah dan kakak trisya duk buat screening ngan cikgu adi 
alhamdulilah aisyah boelh lepasi screening walaupun bukan 100
tapi ok lah 
aisyah dah pandai dah main main ngan kakak

Saturday 28 June 2014

Wanita OKU dikurung di bawah rumah


Nazita h dibantu oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis keluar dari dikurung di bawah rumahnya di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Rosni Masri
TUMPAT 27 Jun - Kurang seminggu, negara digemparkan dengan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di Negeri Sembilan, Sabtu lalu, satu lagi kisah yang hampir serupa berlaku di negeri ini.
Dalam kejadian di sini, seorang wanita OKU yang dikurung di bawah rumahnya di Kampung Pasir, Pekan Hulu di sini sejak lebih 10 tahun lalu, diselamatkan oleh polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, hari ini.
Ketika diselamatkan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nazitah berada dalam keadaan tidak terurus, kurus manakala 'bilik khas' di bawah rumah yang menjadi tempat dia dikurung itu pula dipenuhi najis, sempit dan gelap serta hanya menerima bekalan air dari luar.
Wanita yang berusia 30-an itu dipercayai dikurung oleh ahli keluarganya sendiri selepas kematian ibu bapanya. Dia yang mempunyai masalah sindrom down kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan.

ANGGOTA polis memotong kunci pagar besi bilik di bawah rumah yang mengurung seorang wanita OKU di Tumpat, Kelantan, semalam.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharudin Rasip memberitahu, mangsa ditemui pada pukul 3.30 petang oleh penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis dan JKM.
Katanya, polis dan JKM yang tiba di lokasi kejadian selepas itu mendapati mangsa dikurung di bawah rumah dan berada dalam keadaan yang menyedihkan.
"Polis terpaksa memotong jeriji besi pada bilik berkenaan untuk mengeluarkan mangsa yang dibiarkan seorang diri. Mangsa dipercayai dikurung selepas kematian kedua-dua ibu bapanya kira-kira 10 tahun lalu," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Zaharudin berkata, maklumat awal yang diperoleh, mangsa dijaga oleh abang kandungnya yang tinggal berdekatan rumah berkenaan.
"Kita akan menjejaki abang mangsa dan siasat punca mangsa dikurung. Daripada maklumat awal juga kita mendapati mangsa dikurung kerana bimbang dia merayau di tempat awam," katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Rubiah Abdullah, 54, berkata, dia sedih dan langsung tidak tahu mangsa dikurung dalam keadaan menyayat hati di rumah berkenaan.
"Apa yang saya tahu, ahli keluarganya memang tidak membiarkan mangsa berkeliaran di tempat awam tetapi tidak sangka dikurung pula di situ," katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140628/dn_10/Wanita-OKU-dikurung-di-bawah-rumah#ixzz35z8FDqQ8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 22 June 2014

Budak oku yg dikurung .kurus kering

Ya Allah kucing pun sayang kan anak dia  ini kan manusia.perumpamaan tu dah semakin tidak tepat  dan salah sama sekali kalu tgk berita dua hari lepas bila budak cp dia buat macam tu .Kalu tak nak sangat anak tu baik letak jer kat umah anak anak yatim ker .Tahu tak tu ank syurga  makan apa lah budak ni .sah sah dah lama tak makan .Tragis betul cerita ni dan membuatkan ramai  yang terkesan dgn berita ni .Sumber: Berita Terkini Budak OKU Dikurung Hingga Kurus Kering | melvister.com
 Berita terkini kes budak OKU dikurung hingga kurus kering di Rumah Pangsa Taman Semarak. Operasi menbanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) pada awal 2 pagi 21 Jun 2014 di rumah pangsa di Taman Semarak Nilai membawa kepada penemuan seorang budak lelaki OKU dalam keadaan tragis. Budak OKU yang dipercayai berusia 15 tahun itu ditemui dengan keadaan kurus kering dan mengenakan baju yang hampir reput. Difahamkan budak OKU itu telah dikurung dalam salah satu bilik rumah tersebut tanpa diberi makan dan minum. Manakala suasana rumah itu juga penuh dengan najis dan bau yang kurang menyenangkan. Susulan itu, ibu kepada remaja OKU tersebut yang dipercayai berasal dari Sabah ditahan untuk siasatan lanjut.
budak-oku-kering
Update Terkini: Remaja lelaki OKU yang berusia 15 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Firdaus Dullah dan merupakan seorang warganegara Malaysia. Ibunya yang berasal dari Sabah merupakan ibu tunggal setelah berpisah dengan suami. Penyakit yang dihidapi remaja OKU tersebut dikenali sebagai ‘celebral palsy’ iaitu penyakit kegagalan bahagian otak untuk mengawal pergerakan otot.
Wajah Sebenar Muhammad Firdaus Dullah Budak OKU
Wajah Sebenar Muhammad Firdaus Dullah Budak OKU
Ini adalah gambar wajah sebenar remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah yang diambil pada 5 November 2011. Berbeza dengan keadaan sekarang apabila si mangsa dilihat dalam keadaan yang terbiar sehingga kurus kering.
wajah-sebenar
wajah sebenar 2
gambar dulu
wajah


Nasi. Ambeng sedap giler

Nasi ambang mmg sedap giler.Ni masa pegi pasar tani shah alam .Bli jer sedap gilerr tapi nak try buat lah dah dapat resepi .pergghh makan nasi ambeng .tapi paling best makan ramai ramai . imiss my old time masa kat Bagan lalang .kat situ ramai org jawa .so time di org kenduri kita yang jakun ni mula mula pelik gak tapi dah biasa sedap weiiiii jom .ni masa saya belek belek ,google mengoogle (ada ke bahasa tuhh) jom kita try nasi ambeng thanks tu sis http://nanadidapur.blogspot.com

Nasi Ambeng 
Bahan Ayam Masak Kicap:
1 ekor ayam - dipotong kecil
Sedikit serbuk kunyit - untuk dilumur pada ayam
Rempah tumis 3 sekawan
6 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
2 inci halia - dimayang halus
Sedikit kicap manis
1 camca besar lada hitam - ditumbuk kasar
2 tangkai cili merah - dibelah 2
2 tangkai cili hijau - dibelah 2
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji kentang - dihiris dan digoreng
Minyak untuk menumis

Cara buat Ayam Masak Kicap:
1. Ayam dibersihkan, digaulkan dgn garam dan kunyit kemudian digoreng separuh masak. Ketepikan.
2. Tumiskan rempah tumis 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bu nga cengkih) sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih, bawang merah & halia. Tumis sehingga sebati dan garing.
4. Masukkan kicap manis & lada hitam. Kacau sebati. Tuang sedikit air jika kuah terlalu pekat.
5. Masukkan ayam & kentang. Biarkan hingga ayam masak sepenuhnyer.  
6. Masukkan garam secukup rasa, bawang hiris, lada hijau dan merah. 

Bahan untuk serunding kelapa:
1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
10 tangkai cili kering
1 inc halia
3 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 cawan udang kering
1 cawan ikan bilis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Sedikit belacan
Sedikit serbuk kunyit
1/2 cawan air asam
Garam dan gula secukup rasa 

Cara buat serunding kelapa:
1. Kisar kesemua bahan diatas kecuali kelapa. 
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan kering. 
3. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan kering. 
4. Setelah garing masukkan kelapa dan kacau hingga betul2 kering dan berderai.

Bahan untuk sayur goreng jawa:
4 keping tempe - dipotong dadu dan digoreng
3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
10 gm suhun - direndam
Kacang panjang - dihiris serong
10 ekor udang - dibuang kulit
1keping tauhu kering - direndam dan dipotong 
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar udang kering - dikisar
1 sudu besar ikan bilis - dikisar
1 sudu kicap manis
1 batang cili - dihiris
Garam secukup rasa

Cara buat sayur goreng:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga garing dan harum. 
2. Setelah itu masukkan udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering, tauhu, tempe, cili dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan kicap manis bersama garam. Kacau sampai masak.

Bahan untuk Mi Goreng: 
Mi kuning 
4 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
Cili kering - dikisar
Udang kering 
Garam dan gula secukup rasa 
Taugeh  
Fishball
Udang
Daging - dihiris nipis 
Sayur sawi - dipotong
Buah tomato 
Tauhu - digoreng
Telur

Cara untuk Mi Goreng:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar hingga garing dan harum. 
2. Masukkan telur, daging,fishball,udang dan sos cili dan masak hingga daging empuk. 
3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan buah tomato, tauhu dan mee kacau rata dan mesra. 
5. Akhir sekali masukkan sawi dan tauge. Kacau rata.

Cerita cerita aisyah

Alhamdulilah aisyah dah start buat checking jumpa dr salmi dari husm .wee

Tok Aman Bali hari keluarga LKIM Kelantan 2014

Trisya Rasmi katil 
Trisya ,aisyah dan Tok Ma 
Trisya,Tok Ma ,Aisyah 
Aisyah best jer mandi dlm sinki .Ni kena beli singki gini umah aku ni 
Dari bilik air 
Jom mandi ngan kawan kawan 
dari bilik 
lagi gambar kolam 
corat coret hari family day 2014
muzical chair 
pemandangan depan bilik 
Model milo 
meja studu trisya 

Kek kahwin


Saturday 21 June 2014

CIRI CIRI AUTISM DAN JENIS AUTISM

terpanggil untuk tahu atau cakna mengenai anak syurga ku 

CIRI-CIRI AUTISME-credit to http://pendidik-istimewa.blogspot.com/2013/02/ciri-ciri-jenis-autisme.html

Kebanyakan bayi autisme adalah berbeza ketika dilahirkan. Terdapat dua ciri utama yang sering ditunjukkan termasuklah mengelakkan sentuhan fizikal daripada penjaga dan melengkungkan belakang agar tidak disentuh fizikalnya oleh penjaga serta melembikkan badan jika menjangka untuk diangkat. Ketika bayi, mereka sering dianggap sebagai pasif atau ’ overly agitated baby ’.

Bayi yang ’ pasif ’ merujuk kepada tingkahlaku mereka yang diam pada kebanyakan masa dan kurang memerlukan perhatian atau membuat kerenah daripada ibubapa. Manakala bayi ’ overly agitated baby ’ pula merupakan bayi yang menangis dan kadang-kadang tanpa henti dan berjaga sepanjang masa. 

Kanak-kanak autisme pula, mereka kebanyakannya mencapai tahap perkembangan motor seperti bercakap merangkak dan berjalan lebih awal daripada kanak-kanak biasa. Manakala sebahagiannya pula mempunyai perkembangan yang lewat. 

Hampir 1 ½ bahagian daripada kanak-kanak autistik berkembang secara normal sehingga mereka berumur 1 ½ hingga 3 tahun, barulah simptom autistik mula kelihatan. Kanak-kanak ini sering dianggap sebagai pengidap ’ regressive ’ autisme. Regression terjadi hasil daripada candida albican’s, pengambilan vaksin, terdedah kepada virus, sawan dan lain-lain. 

Kanak-kanak autistik sering ketinggalan ke belakang daripada rakan sebaya dalam aspek komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanak-kanak. Ketidakfungsian tingkahlaku mula timbul seperti ’ self-stimulatory behaviors ’ iaitu pengulangan tingkahlaku yang tidak bermatlamat seperti menggoyang-goyangkan badan, mencederakan diri seperti menggigit tangan, menghantuk kepala, masalah tidur dan makan, ice contact yang lemah, tidak sensitif kepada sakit, hiper atau hipo dan kurang menumpukan perhatian.

Satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak ini ialah mereka mahu kepada kesamaan dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan tingkahlaku yang sama. 

Kanak-kanak autistik cuba mengekalkan rutin harian dan jika berlaku perubahan kecil sekalipun akan memperlihatkan sedih dan tidak tenteram. Mereka mahu kesamaan itu mungkin kerana tidak mempunyai keupayaan untuk memahami dan menangani situasi yang berbeza.

Kanak-kanak autistik juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam baligh. Sebahagian daripada mereka menghadapi sawan untuk kali pertama ketiga baligh yang mungkin disebabkan perubahan hormon. 

Kajian yang dilakukan oleh Camberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas menunjukkan autisme ialah : 

i. masalah sosial: lemah dalam interaksi dua hala 

ii. masalah komunikasi; verbal atau non verbal 

iii. kurang daya imaginasi 

Kanak-kanak autistik mempunyai ingatan yang baik untuk menghafal sesuatu seperti jadual perjalanan bas walaupun mereka tidak memerlukan maklumat tersebut.

Setiap kanak-kanak autisme mempunyai ciri-ciri yang berbeza kecuali kanak-kanak autisme yang tulen, mereka mempunyai hampir semua ciri seperti berikut :

Bersendirian dan berjauhan. 

Kanak-kanak ini menganggap manusia sebagai objek dan hanya akan berinteraksi jika didekati dengan cara yang tertentu dan orang yang disukai sahaja. 

Kanak-kanak ini menolak kehadiran seseorang atau melihat menembusi seseorang terutama ketika bercakap dengannya. 

Sukar bermain dan sikap yang berbeza dengan kanak-kanak normal. 

Pemerhatian atau pemeriksaan diri sendiri 

Kanak-kanak ini memeriksa bahagian anggotanya seperti kaki dan tangan seolah-olah ianya baru dan pelik. 

Membuang masa pada sesuatu objek.

Suka membawa berbagai objek dan amat marah apabila kehilangan objek tersebut.

Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain dan marah jika kehilangannya.
Membuat garisan atau corak dengan berbagai objek tanpa menghiraukan fungsi sebenar objek tersebut.

Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium, perhati dekat dengan mata dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat menembusi sesuatu gambar tanpa melihat gambar tersebut.

Permainan yang aneh dengan objek seperti memusing, menggoyangkan tali, menggoncang objek di dalam tin dan mengoyak kertas.

Tidak suka kepada perubahan.

Sangat sukar mengubah rutin seperti menukar pakaian baru, makanan lain, jalan lain atau makan ubat kerana melanggar rutin hariannya.
Menolak penerimaan belajar perkara baru.

Marah jika perabut di dalam rumah diubah-ubah.

Bersifat aneh terhadap sesuatu penerimaan deria.

Tidak bertindakbalas terhadap percakapan atau bunyi-bunyian.
Menutup telinga bila mendengar bunyi atau seseorang bercakap dengannya.

Bersikap seperti orang pekak walaupun boleh mendengar.

Tiada tindakbalas terhadap sesuatu yang dilihat.

Menunjukkan minat pada benda yang bergerak.

Mengelakkan diri melihat sesuatu bila disuruh.

Bersikap seperti orang rabun walaupun boleh melihat.

Bersikap aneh terhadap kesakitan, panas atau sejuk. Bahkan tidak merasa sakit, panas dan sejuk.

Sikap atau perasaan ganjil dan tidak normal

Marah amat sangat atau mengamuk dengan jeritan, menangis, menendang, menggigit dan sebagainya samada apabila hilang objek kesayangan, dilarang memakan sesuatu yang disukai, hilang orang yang disayangi atau pun tanpa sebab.

Mengilai dan ketawa tanpa sebab.

Tidak tahu erti bahaya. Mereka akan bermain dengan api, melintas jalan, memanjat bumbung rumah dan lain-lain lagi.

Gangguan pertuturan.

Tiada pertuturan langsung.

Pertuturan yang tidak sempurna seperti ’ka’ untuk muka dan ’tu’ untuk pintu sehingga kanak-kanak ini dewasa.
Menggunakan perkataan mudah.

Menggunakan perkataan berulang-ulang tanpa mengetahui maksudnya.

Menggunakan suara yang luar biasa untuk menyebut sesuatu perkataan.

Gangguan pergerakan.

Perlakuan terlampau aktif , berlari tanpa letih, berjaga lewat malam, kadangkala bermain dengan gembira dan kadangkala menjerit atau menangis.

Berbaring kaku tanpa bergerak dalam jangkamasa yang lama

Pergerakan aneh seperti menghantukkan kepala ke dinding, menggoyangkan badan, menepuk tangan, melompat, membuat muka berbagai bentuk, berjengkit, mengembangkan jari di hadapan muka, suka dengan gerakan hayunan, goyangan dan lain-lain lagi.

Intelek yang luar biasa

Pintar matematik

Bijak ’ jigsaw puzzles ’
Ingatan kuat terhadap hafalan seperti senikata lagu, nombor, nama dan lain-lain lagi.

Cepat membaca dan menulis.

Kemahiran mekanikal luar biasa.


Ciri-ciri utama Kanak-Kanak Autisme 

Berkelakuan seperti orang pekak walaupun boleh mendengar.
Tidak memahami apa yang dilihat walaupun boleh melihat.
Gemar bermain dengan bentuk permainan yang luar biasa.
Menangis dan marah tanpa sebab.
Ketawa dengan tiba-tiba.
Tidak mahu dipeluk dan dibelai.
Bercakap tidak putus-putus mengenai objek yang disukai.
Perkataan berulang-ulang.
Suka memutarkan barang.
Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
Tidak merasai kesakitan.
Berkelakuan aneh.
Tingkahlaku terlalu aktif atau pasif.
Sukar menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
Tidak mahu bermesra.
Mempunyai bakat tertentu seperti muzik.
Menunjuk dengan jari apa yang dikehendaki.
Memegang tangan orang lain untuk memberi arahan.
Tidak mahu menerima pelajaran biasa.
Suka meniru perkataan orang lain.
Tidak mahu perbezaan dalam hidup.
Tidak mengenali sesuatu bahaya.
Sayang terlampau terhadap sesuatu objek.
Suka mengelak diri daripada bertentangan mata semasa berkomunikasi.
Menghadapi gangguan deria .
Berlaku semasa lahir atau sebelum berumur dua tahun.
Sukar berhubung dengan orang lain.
Memperlihatkan tingkahlaku yang ganjil seperti tidak suka pada sentuhan, pelukan, senyuman atau bertentangan mata.
Kelihatan seolah-olah tidak memberi perhatian tetapi berubah sifat dengan tiba-tiba apabila objek kegemaran disebut.
Suka menyendiri seolah-olah tenggelam dalam dunia sendiri.
Memperlihatkan perlakuan tersendiri yang menjadi masalah jika berterusan.


JENIS DAN AUTISME

Sememangnya tidak ada satu kata sifat yang menjelaskan setiap jenis individu autisme. Hal ini kerana terdapat banyak bentuk kecelaruan seperti individu yang anti sosial atau yang boleh bersosial, agresif terhadap diri sendiri atau pun agresif terhadap orang lain. Sesetengahnya mempunyai sedikit bahasa atau tiada bahasa langsung, ada yang mengulang-ngulang perkataan atau frasa dan sebahagian mempunyai kemahiran bahasa seperti individu normal.

Edelson ( 1999 ), berpendapat memandangkan masih tiada lagi ujian fisiologi untuk menentukan samada seseorang itu mempunyai autisme, oleh itu cara untuk mendiagnosis adalah bila individu menunjukkan beberapa ciri tingkahlaku yang berkaitan.

Sebenarnya ramai individu autisme mempunyai tingkahlaku yang berkait tetapi kecelaruan yang nyata bercirikan autisme. Kajian menunjukkan orang yang terlibat memang mempunyai tingkahlaku autisme mempunyai kaitan tetapi mempunyai kecelaruan yang jelas. Autisme tersebut termasuklah Sindrom Asperger, Sindrom Fragile X, Sindrom Landau-Kleffner, Sindrom Rett dan Sindrom Wiliams.

Sindrom Asperger mempunyai ciri seperti pemikiran yang konkrit, terlalu memikirkan mengenai sesuatu topik, ingatan yang baik dan mempunyai sikap yang ganjil serta luar biasa. Mereka boleh dianggap sebagai mempunyai tahap kefungsian yang tinggi dan layak untuk mempunyai kerja dan boleh hidup berdikari.

Sindrom Fragile X pula merupakan satu bentuk mental retardasi ’ long arm’. Lebih 15% pengidap sindrom ini menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri kanak-kanak autistik. Tingkahlaku ini termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat, hiperaktif, eye contact yang lemah dan mengibar-ngibarkan tangan. Kebanyakan individu ini berfungsi pada tahap masalah ringan kepada yang sederhana. Semakin mereka membesar, perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang serta mungkin menghadapi masalah jantung.

Sindrom Landau Kleffner menunjukkan banyak tingkahlaku autisme seperti mengelakkan diri daripada bersosial, menghendaki kepada rutin yang sama dan mempunyai masalah bahasa. Mereka sering dianggap menghadapi ’ regressive ’ autisme kerana menunjukkan ciri seperti normal sehingga umur 3 tahun hingga 7 tahun.Kemahiran bahasa jika ada akan berakhir dengan hilang keupayaan bercakap. Mereka juga mempunyai corak gelombang otak yang tidak normal jika dianalisis corak EEG semasa tidur.

Sindrom Rett merupakan kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat yang memberi lebih kesan kepada kanak-kanak perempuan dan berkembang antara umur ½ tahun hingga 1 ½ tahun. Mereka memperlihatkan ciri-ciri seperti kehilangan pertuturan, mengulang memulas tangan, menggoyangkan badan dan mengelak daripada bersosial. Bahkan individu ini biasanya mempunyai tahap kerencatan akal yang teruk dan sangat teruk.

Manakala Sindrom William mempunyai ciri-ciri autistik termasuklah perkembangan yang lambat dalam aspek bahasa, sensitif kepada bunyi, tidak ada tumpuan perhatian dan mempunyai masalah sosial. Secara umumnya mereka yang mempunyai sindrom ini lebih bersosial dan menghadapi masalah jantung.

GST bolehkan kerajaan naik elaun penjawat awam

MELAKA - Pertambahan hasil daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan kerajaan menimbang pelbagai permintaan termasuk kenaikan elaun penjawat awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
Beliau berkata kerajaan memerlukan hasil tambahan baharu bagi memenuhi permintaan itu dan sistem GST yang lebih telus serta efisien dilihat dapat membantu menambah hasil kerajaan.
    
"Kalau Presiden Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) nak minta tambah elaun dan sebagainya, saya sebagai Menteri Kewangan perlu cari hasil tambahan, barulah boleh saya pertimbangkan.
    
"Kita tidak boleh pinjam duit daripada institusi kewangan seperti Bank Dunia nak bayar gaji, elaun... tak boleh, resepi itu boleh membawa kepada bencana ekonomi," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, hari ini.

Katanya rasional pelaksanaan GST perlu difahami masyarakat di setiap peringkat sebagai suatu sistem yang mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat.    
    
Najib turut menegaskan pelaksanaan GST bukan untuk membebankan rakyat sebaliknya untuk memperkukuhkan hasil negara yang kemudian diagihkan kembali kepada rakyat.
    
"Bukan semua barang akan naik (dan) bukan semua perkhidmatan akan naik (disebabkan GST), banyak barangan perkhidmatan asas akan dikecualikan daripada GST, inilah yang patut kita faham," katanya.

GST diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2014 di Parlimen Oktober tahun lepas dan akan dilaksanakan mulai 1 April 2015, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.
    
Sistem cukai baharu itu menetapkan enam peratus kadar cukai berbanding cukai jualan dan perkhidmatan berjumlah 16 peratus.
    
Sementara itu, mengulas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang dikhuatiri Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bakal memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara dan warga pekerja, Najib berkata negara yang menyertai perjanjian TPP mempunyai kelebihan tertentu terutamanya dalam perkara melibatkan pelaburan dan pasaran.

"Malaysia tiada pasaran domestik yang besar seperti Indonesia atau China, kita bergantung kepada pasaran dunia, kalau kita hilang daya saing maka jumlah pelaburan dalam negara akan merudum dan akhirnya tidak berjaya menambah pekerjaan atau menaikkan kualiti pekerjaan ke peringkat lebih tinggi lagi," katanya.
    
Namun, beliau berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat serta tidak akan membuat keputusan sehingga mengorbankan kepentingan negara. - Bernama

Wednesday 18 June 2014

ANAK SYURGA MAMA

Alhamdulilah kalu dulu saya sangat sedih bila org tanya kenapa aisyah tak berjalan ,kenapa tak bercakap sedih weii sedih .rasa dan dan tu nak menangis tapi lepas lama tu saya redho dan terima ketentuan allah kerana di hadiahkan anak syurga ini .

Saya cemburu gila bila tgk anak org lain kecik kecik dah boleh berjalan .Sebenarnya  x der org nampak kesedihan ni sebab saya susah nak bagi tahu org kesedihan  yang ini dan saya jarang berkongsi kesedihan ini pada orang .Namun saya mengambil pendekatan ini semua ketentuan Allah yang sudah tentu tahu what the best for us . “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).

Aisyah membesar day by day dan lepas dia guna BIO VELOCITY SLEEPMATE dan BIO Ever .Alhamdulilah syukur aisyah dari meniarap jer dah pandai duduk walau dalam umur dia 20 bulan syukur ya allah .dan sekarang alhamdulilah dah merangkak walau dia banyak squard dari merangkak heehheehhehe .

Memiliki anak anak syurga ni mmg tidak mudah ,baik untuk anak atau untuk kita sebagai parent .Kita memerlukan hati yang seluas lautan untuk menjaga mereka memberikan apa yang sepatutnya yang di perlukan ,memberi semangat pada mereka walau tika dan saat itu kita pun sedang down dan kita sendiri harus memperingatkan diri kita macam mana nak kuat dan sentiasa bersemangat .saya pernah mendapat nasihat dari mr boss saya dia cakap sebenarnya Allah sayang ke awak sebab itu awak di pilih untuk menjaga kanak kanak syurga ini .Yakin saja Allah tidak pernah meninggalkan kita dan Dia tidak akan sia siakan kesusahan kita ni .Dari situ saya ingat kan diri dan tanamkan diri dan bersyukur di hadiahkan anak syurga yang super cute ni heee