Friday, 6 December 2013
Saturday, 21 September 2013
KESIAN!!! Bayi Muntah Darah Meninggal Di Pusat Asuhan
KESIAN!!! Bayi Muntah Darah Meninggal Di Pusat Asuhan | “Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya,” kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.
Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.
Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.
“Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.
“Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.
Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.
“Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.
“Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu,” katanya.
Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.
“Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya – Hmetro Online
RESEPI NASI MANDY or NASI ARAB WAJIB CUBA
nasi mandhi or nasi arab |
nasi mandhi siap dgn acar dan salatah nya |
ayam utk direbus |
SELAMA NI MMG GEMAR SGT MAKAN NASI ARAB NI,SEPINGGANG ADALAH RM 12 KE 15 RINGGIT NI BUAT SENDIRI PUAS HATI MAKAN ...YANG PALING BEST MY HUBBY MAKAN BERTAMBAH TAMBAH HEHE
RESEPI NASI MANDY
Bahan A
4 cawan beras basmathi (tambahan saya rendam 15 ke 20 minit lepastu tos keringkan)
1/2 cawan minyak zaitun (tapi saya masukkan minyak biasa campur sikit je zaitun tapi org arab masukkan minyak jagung )
2 labu bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - mayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 helai daun bay
3 helai daun pandan -
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara (panaskan arang lepastu balut dlm alumium foil yg di letak minyak)
Bahan B
1 ekor ayam di potong 8
1/2 cm halia
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 helai daun salam
1 sudu makan minyak masak
1 liter air (agak2 ayam tenggelam)
Garam dan gula secukup rasa
Cara cara
Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau.
Cara cara nak masak nasi
Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker.Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan aluminium foil di tengah tengah nasi. Masukkan minyak dan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk. Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.
Bahan bahan
4 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 batang carrot -potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
Garam
Gula
5 tangkai daun ketumbar (hiris halus)
Cara cara
Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.
Bahan2 utk salatoh :
buah tomato masak,
cili hijau(ikut kepedasan masing2)
sedikit bawang putih.
tambahkan air,
garam.
gula
Kemudian blender sekejap.
Labels:
NASI
Tuesday, 23 July 2013
Produk kecantikan haram guna artis popular diserbu
* DUA pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memeriksa mesin memproses suplemen kecantikan dalam serbuan di sebuah kilang di Semenyih, Selangor, semalam. |
Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.
Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.
Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).
Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.
Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.
Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.
Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.
"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.
"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.
Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.
Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya. - UTUSANaa
Sunday, 21 July 2013
NASI AYAM EXPRESSS
Nasi ayam ni sebenarnya mmg dah sinonim dah kepada orang malaysia ,entah mana asalnya nasi ayam pun tak tahu tapi i dapat dari wikipedia heheh gagah tu mengoogle Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan danKantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal- usulnya juga di sana SUMBER DARI ; http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_ayam_Hainan.
MMG NASI AYAM HAINAN SEDAP DAN A FEW NASI AYAM YANG ALWAYS IN MY TASTE BUDS ADALAH Nasi ayam Chee Meng Jln Bukit Bintang http://cheemeng.com.my/ dan nasi ayam kak laili subang jaya ,nasi ayam keramat ,nasi ayam sun two kota bharu and a few kedai lagi .tapi nasi ayam chee meng is the best yang saya pernah makan ,perghhhh sedap . tapi ni nasi ayam version aku yang mmg express its take around 1 jam 15 minit je berkejar dari ofis nak bukak puasa ,nasib ayam tu baru beli taklah mengeras je hehhe .walau tak cukup masa sempat lagi buat cucur udang best ni hehhe lembut je pastu esoknya stay tak basi
resepi dia Nasi Ayam expresss rini
Bahan-bahan:
Bahan untuk ayam (direbus) :
- 1 ekor ayam dipotong 8 lepas tu aku potong kecil lagi mudah nak makan
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia yg diketuk
- 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
- 1 sudu besar kicap pekat karemel
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 cm halia
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar kicap cair
- Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
- 3 cawan beras
- 4 cawan air rebusan ayam/dah tak sempat nak ambik air rebuasan aku masukkan kiub knoor dan tmbh air biasa
- 2 sudu besar butter
- 1 cm halia – ditumbuk
- 3 ulas bawang putih – ditumbuk
- Sedikit garam
- 1 kayu manis*
- 2 helai daun pandan
Bahan untuk sos:
- 5 biji cili merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 1 sudu besar cuka
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
- Air rebusan ayam
- 1 biji bawang besar kisar
- Garam
- Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
- Kuah kicap perapan ayam di atas
- Kicap manis cap kipas udang
- Sedikit garam
- Air rebusan ayam
Cara Membuat:
Cara untuk ayam:
- Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
- Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
- Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)X SAMPAI SBB TAK CUKUP MASA
- Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
- Basuh beras dan tos air.
- Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sos:
- Kisarkan semua bahan di atas.
- Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
- Campurkan semua bahan untuk kicap Dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
kalu tgk cucur ni tak cantikkan tapi rasa dia lembut sangat nak kongsi lah resepi cucur ni ...jom tgk resepi
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna(thanks kak )CREDIT TO : http://mamawandiha.blogspot.com
Bahan2
3 ½ cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang
3 cawan air suam sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½ cekak daun kuchai ~kita letak kangkung dan daun bawang
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur
1 sudu kcil minyak panas
1 sudu kecil cuka
Minyak untuk menggoreng
cara --caranya
kopek kulit udang ....lepastu gaulkan dengan semua bahan dia atas dan goreng dengan minyak panas ..best buat buka puasa cicah dgn pencicah ......YANG PALING BEST CUCUR NI TAK SERAP MINYAK
|
ACTUALLY DIA VERSI BAKAR TAPI KITA TAK BAKAR PUN BUAT KONON MACAM MAC AND CHEESE KENNY ROGERS )
2 SUDU BESAR BUTTER
2 SUDU BESAR TEPUNG
150 ML SUSU SEGAR
4 KEPING CHEDDAR CHEESE
250 GM MAKARONI (REBUS DAN + MINYAK SIKIt)
ATURAN NAK BUAT BECHAMEL SAUCE NI ...........CAIRKAN BUTTER ,LETAK TEPUNG BIAR DIA BERGENTEL SIKIT PASTU MASUKKAN SUSU SEGAR BIAR DI RENEH KEJAP PASTU MASUKKAN CHEDDAR CHEESE YANG DI POTONG (UTK MUDAH MELT )PASTU TADAAAAAA ..MAKANAN KEGEMARAN TISYA KEJAP LAGI TAK YAH BLI KAT KENNY ROGERS DAH MAMA ,MAMA PUNYA LAGI SEDAP ([PERASANNYA AKU )
CHEESE |
HOMEMADE MACARONI AND CHEESE |
Labels:
resepi nasi ayam express
Location:
Kelantan, Malaysia
Tuesday, 16 July 2013
Saturday, 13 July 2013
Monday, 8 July 2013
BACHOK KELANTAN ,PK HEM DI TEMBAK MATI
Gambar Guru di tembak Di Bachok , Kelantan MAKLUMAT AWAL SATU KES TEMBAK BERLAKU DI BERHAMPIRAN SEKOLAH KEB. BERIS PANCHOR, BACHOK PADA JAM 2.00 PTG.
Maklumat Mangsa :
Nama : Hashim Mat Zin
Umur : 40an
Kerja: Pen. Kanan HEM Sek. Keb. Beris Panchor, Bachok.
SUSPEK TELAH MELEPASKAN 3 DAS TEMBAKAN KE ATAS 1 L MELAYU YANG BERADA DI DALAM M/KAR MERCEDES. MANGSA MATI DITEMPAT KEJADIAN.
Maklumat Mangsa :
Nama : Hashim Mat Zin
Umur : 40an
Kerja: Pen. Kanan HEM Sek. Keb. Beris Panchor, Bachok.
Kemaskini...
Punca Sebenar Kejadian
Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, mangsa telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dan lain-lain . Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB utk bedah siasat yg dijangka akan dijalankan malam ini.
Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, mangsa telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dan lain-lain . Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB utk bedah siasat yg dijangka akan dijalankan malam ini.
kata satu sumber yang saya baca dari facebook , kereta tu bergerak sendiri masuk ke perkarangan rumah .dan beliau meninggal di situ .Ya Allah selamatkan bumi kelantan ni dari kekejaman begini .kejadian ni berlaku dekat dengan tmpt aku pulak tu ..
credit to : http://perigitimur.blogspot.com
Friday, 5 July 2013
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA THN 1434 H/2013 NEGERI KELANTAN ZON 1
UNTUK TATAPAN SEMUA ORE KELATE ZON 1 |
Thursday, 4 July 2013
Gambar Ombak Tinggi Melanda Pulau Pinang
Ombak Tinggi Melanda Pulau Pinang. Ombak kuat dengan ketinggian lebih 3.5 meter sehingga menyebabkan air laut melimpah di kawasan Padang Kota Lama dan mengenai beberapa kenderaan di kawasan meletak kereta.
Jurucakap Jabatan Meteorologi negeri berkata fenomena itu dipengaruhi angin Barat Daya yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan dijangka berterusan sehingga Jumaat.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil dan kegiatan rekreasi laut,” katanya di sini Khamis.
Beliau berkata walaupun masih berada pada kategori pertama, nelayan dinasihat tidak turun ke laut sehingga keadaan reda.
Tinjauan di Padang Kota Lama mendapati ombak melepasi benteng sehingga air laut melimpah di bahu jalan.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pantai Pulau Pinang Alias Shafie ketika dihubungi berkata ramai nelayan di sebelah tanah besar tidak turun ke laut pagi ini susulan angin kencang dan laut bergelora.
“Saya ada terima aduan di pantai Bagan Ajam Butterworth berlaku ribut sederhana diselangi hujan awal pagi tadi.
“Justeru saya nasihat para nelayan peka kepada perubahan cuaca dan tidak ke laut dalam keadaan cuaca buruk ini,” katanya. – BERNAMA
Wednesday, 3 July 2013
HOME MADE RED HOT DEVIL CURRY CRAB
Labels:
Ketam red devil
Monday, 1 July 2013
MAJLIS PERKAHWINAN DIRAJA PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI DAN TENGKU AMALIN AISYAH PUTRI (ADINDA SULTAN KELANTAN)
Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin Diraja Kelantan Tengku Amalin Aisyah Putri dan Pengiran Muda Abdul Qawi diatas perkahwinan gilang gemilang yang telah berlansung pada 27 Jun 2013 di Istana Kubang Kerian.
Pasangan Diraja sangat sesuai dan cantik bab puteri mengenakan persalinan berwarna putih semasa majlis akad nikah berlansung.
Gambar perkahwinan dan persandingan Diraja Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin Aisyah Putri
CANTIK SUNGGUH PUTERI AMBO SAMA CANTIK SAMA PADAN .MOGA BERPANJANGAN HINGGA AKHIR HAYAT credit to http://tapakkaki.com/
Labels:
PERKAHWINAN DIRAJA
Sunday, 30 June 2013
KELANTAN JUARA PIALA FA 2013 TAHNIAHHHH
Kelantan juara Piala FA 2013 – Tahniah!
Skuad “The Red Warriors” tidak menghampakan seluruh rakyat negeri itu dan puluhan ribu penyokong setia mereka yang hadir memberi sokongan jitu di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada perlawanan akhir piala FA 2013
Dengan kemenangan itu, sekali gus pasukan Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan yang sama yang diraih musim lalu
Mengenai aksi perlawanan itu, pasukan Kelantan terlebih dahulu di depan hasil jaringan Nurfarhan Muhammad pada minit ke-16
JDT yang dikejutkan dengan jaringan awal perlawanan dari lawan, sedaya upaya memburu gol penyamaan, namun usaha mereka berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan Kelantan yang beraksi cemerlang terutamanya Obinna Nwaneri dan Nik Shahrul Azim
Babak kedua menyaksikan corak permainan yang seimbang yang dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat tiupan wisel terakhir pengadil perlawanan
Keputusan penuh Kelantan 1 – 0 Johor DT
TAHNIAH KELANTAN ,ALHAMDULILAH SYUKUR KETERUJAAN PENYOKONG THE RED WARRIOR TIDAK DIHAMPAKAN ,MELIHAT PADA KESUNGGUHAN PENYOKONG SANGGUP MERENTANGI BANJARAN TITIWANGSA IA MERUPAKAN SATU TITIL TOLAK DAN BOLEH DIKATAKAN they up to the standard .
TAHNIAH KELANTAN ,ALHAMDULILAH SYUKUR KETERUJAAN PENYOKONG THE RED WARRIOR TIDAK DIHAMPAKAN ,MELIHAT PADA KESUNGGUHAN PENYOKONG SANGGUP MERENTANGI BANJARAN TITIWANGSA IA MERUPAKAN SATU TITIL TOLAK DAN BOLEH DIKATAKAN they up to the standard .
Wednesday, 26 June 2013
PERKAHWINAN TENGKU AMALIN AISYAH PUTRI
Asslamualaikum. Pastinya berita yang lama ditunggu-tunggu rakyat negeri Kelantan menggembirakan setiap orang terutamanya Ayahanda dan Bonda Pengantin Perempuan. Istiadat Perkahwinan Di Raja antara Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri Bte Sultan Ismail Petra dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Mohamed Bolkiah.
Latar belakang Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri.
Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.Latar belakang Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri.
Beliau pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama(SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang.
Ayahanda dan Bonda Tengku Amalin iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Tengku Anis Bte Almarhum Tengku Abdul Hamid. |
Potret Yang Amat Mulia Tengku Amalin sekeluarga bersama Ayahanda, Bonda dan kedua-dua Paduka Kekanda. |
Latar Belakang Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi
Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan Putera kedua daripada 10 orang adik beradik kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.
Pengiran Anak Zariah merupakan kekanda kepada Raja Isteri Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Istiadat Persandingan dan Majlis Santapan Diraja sempena meraikan kedua-dua Pengantin.
Istiadat Perkahwinan Diraja ini akan berlangsung selama 6 hari mulai dari 24 June 2013 hingga kemuncaknya iaitu Istiadat Persandingan dan Majlis Santapan Diraja yang akan berlangsung pada 29 June 2013 bertempat di Dewan Bankuasi, Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan.
Barang Kemas yang menjadi hantaran dan akan dipakai oleh Yang Amat Mulia Tengku Amalin ketika Istiadat Persandingan Diraja pada 29 June 2013 di Istana Negeri, Kubang Kerian. |
Pastinya negeri Kelantan akan dilimpahi cahaya dan intan berlian yang bergemerlapan sempena Istiadat Perkahwinan Diraja yang jarang-jarang dapat dilihat ini. Satu-satunya Puteri kepada bekas Sultan Kelantan yang amat disegani dan dihormati.
Monday, 24 June 2013
Puding roti mudah
Pudding roti marble coklat and Hershey Sos
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat ,tapi kalu saya dah sedap sangat dah ,tak manis sangat ,cuma i letak hersye choc untuk tambah colour coklat gelap dan bagi lemak sikit
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/03/puding-roti-marble-coklat.html#ixzz2XCvcJJHV and http://hanamemories.blogspot.com/2011/03/puding-roti-marble-coklat.html
Labels:
Puding
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)