Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2ZMWvM5au sweet aisyah : June 2013

Pages

Sunday 30 June 2013

KELANTAN JUARA PIALA FA 2013 TAHNIAHHHH


Kelantan juara Piala FA 2013 – Tahniah!
Skuad “The Red Warriors” tidak menghampakan seluruh rakyat negeri itu dan puluhan ribu penyokong setia mereka yang hadir memberi sokongan jitu di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 pada perlawanan akhir piala FA 2013
Dengan kemenangan itu, sekali gus  pasukan Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan yang sama yang diraih musim lalu
juara piala fa 2013 kelantan juara piala fa 2013
Mengenai aksi perlawanan itu, pasukan Kelantan terlebih dahulu di depan hasil jaringan Nurfarhan Muhammad pada minit ke-16
JDT yang dikejutkan dengan jaringan awal perlawanan dari lawan, sedaya upaya memburu gol penyamaan, namun usaha mereka berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan Kelantan yang beraksi cemerlang terutamanya Obinna Nwaneri dan Nik Shahrul Azim
Babak kedua menyaksikan corak permainan yang seimbang yang dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat tiupan wisel terakhir pengadil perlawanan
Keputusan penuh Kelantan 1 – 0 Johor DT

TAHNIAH KELANTAN ,ALHAMDULILAH SYUKUR KETERUJAAN PENYOKONG THE RED WARRIOR TIDAK DIHAMPAKAN ,MELIHAT PADA KESUNGGUHAN PENYOKONG SANGGUP MERENTANGI BANJARAN TITIWANGSA IA MERUPAKAN SATU TITIL TOLAK DAN BOLEH DIKATAKAN they up to the standard .

Wednesday 26 June 2013

PERKAHWINAN TENGKU AMALIN AISYAH PUTRI

Asslamualaikum. Pastinya berita yang lama ditunggu-tunggu rakyat negeri Kelantan menggembirakan setiap orang terutamanya Ayahanda dan Bonda Pengantin Perempuan. Istiadat Perkahwinan Di Raja antara Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri Bte Sultan Ismail Petra dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Mohamed Bolkiah.

Latar belakang Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri.
Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Beliau pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama(SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang.

 Ayahanda dan Bonda Tengku Amalin iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Tengku Anis Bte Almarhum Tengku Abdul Hamid.
 Potret Yang Amat Mulia Tengku Amalin sekeluarga bersama Ayahanda, Bonda dan kedua-dua Paduka Kekanda.
Latar Belakang Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi


Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan Putera kedua daripada 10 orang adik beradik kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Pengiran Anak Zariah merupakan kekanda kepada Raja Isteri Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

 Ayahanda dan Bonda Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah.
Istiadat Persandingan dan Majlis Santapan Diraja sempena meraikan kedua-dua Pengantin.

Istiadat Perkahwinan Diraja ini akan berlangsung selama 6 hari mulai dari 24 June 2013 hingga kemuncaknya iaitu Istiadat Persandingan dan Majlis Santapan Diraja yang akan berlangsung pada 29 June 2013 bertempat di Dewan Bankuasi, Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan.

 Barang Kemas yang menjadi hantaran dan akan dipakai oleh Yang Amat Mulia Tengku Amalin ketika Istiadat Persandingan Diraja pada 29 June 2013 di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Pastinya negeri Kelantan akan dilimpahi cahaya dan intan berlian yang bergemerlapan sempena Istiadat Perkahwinan Diraja yang jarang-jarang dapat dilihat ini. Satu-satunya Puteri kepada bekas Sultan Kelantan yang amat disegani dan dihormati. 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri Bt Sultan Ismail Petra (DK) dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin

Monday 24 June 2013

Puding roti mudah


Pudding roti marble coklat and Hershey Sos 


PUDING ROTI MARBLE COKLAT
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat ,tapi kalu saya dah sedap sangat dah ,tak manis sangat ,cuma i letak hersye choc untuk tambah colour coklat gelap dan bagi lemak sikit 


Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/03/puding-roti-marble-coklat.html#ixzz2XCvcJJHV and 
http://hanamemories.blogspot.com/2011/03/puding-roti-marble-coklat.html


Tisya and aisyah



AISYAH TRY PAKAI BAJU BARU MADE IN FO VIETNAM 
AISYAH,TISYA DAN TOKMA  NOOR ARFA  TERENGGANU  
AISYAH WITH  TUDUNG KAKAK  
TISYA NAIK BECA NOOR ARFA (NACC)

BONUS KAKITANGAN KERAJAAN SEBULAN SETENGAH GAJI

Melaka Tengah: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini. 
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.

“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan.


“Saya berharap kerajaan akan membayar (bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu sebanyak sebulan setengah gaji," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Melaka di sini, semalam. 

Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng serta Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka, Md Salleh Majid. 

Omar berkata, permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali menyambut musim perayaan


*YA ALLAH MINTAKLAH DILULUSKAN 

Sunday 23 June 2013

bintang mencari bintang- achey juara

Seperti yang dijangka, protege kepada Harun Salim Bachik, Achey, menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara program realiti, Bintang Mencari Bintang dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi. Kemenangan ini sekaligus melayakkan Achey untuk membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM 200,000 berserta trofi.
Naib juara disandang oleh protege Afdlin Shauki, Bocik yang berjaya memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000 berserta trofi manakala tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM 60,000 berserta trofi dimenangi oleh kumpulan Titan, iaitu anak didik kepada Sabri Yunus.



Kumpulan Tapaw yang dibawah tunjuk ajar, Faizal Ismail pula tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya membawa pulang RM 30,000 berserta trofi walaupun mendapat tempat keempat. Terus melayari GUA untuk membaca lebih lanjut mengenai pertandingan akhir program Bintang Mencari Bintang.

* titan tetap jugak dihati ...

Friday 21 June 2013

Rabi Yaassir Wala Tu`assir Ya Karim

........::: Rabbi Yassir Wala Tu'assir Ya Karim :::........


Ya Allah,

Sesungguhnya
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui

Apa yang ada di jiwa kami

Engkau permudahkanlah

Segala urusan kami

Dalam mencari redhaMu


...::: Allahumma yassir kullu amrina...ilaika nad'u wa ilaika nastai'e :::...



‎"...cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal..."
(At-Taubah:129)



mesti anda semua kenal ayat di atas bukan? Ayat di atas membawa kita untuk memudahkan segala kerja kita dgn izin dari-NYA.

thanks to ;
http://www.gempak.org/forum/117-tentang-agama/122336-rahsia-ayat-rabbi-yassir-wala-tuassir-ya-karim.html

Tuesday 18 June 2013

JALAN JALAN VIETNAM (1)

saya suka berjalan ,walau tak lah jauh mana setakat sepelaung je tapi pada saya ianya seronok  utk gooogle google,dan buat blog walking best al teleast belum sampai kita dah tahu serba sedikit tempat kita nak pergi .my new destination yang pergi bulan april dulu ialah vietnam .......... saigon sebenarnya .actuially this is my second trip dulu dah pergi dah thn 2005 (masa tu aku slim melim )macam org vietnam sekarang ........... takde saiz (tapi sebenarnya ada ) hhe .so booked lah tiket AA (air asia when everyone can flY) ,

From Kota Bharu naik flight ngan Tok mek som ,tisya dan Aku (tisya tak jenera tido ) pukul 5 AM dah bangun .Flight pagi  pukul 8.00 am smpi lCCT  pukul 9.00 am .lepas pemeriksan imigresen   .ehhe terus pergi ke balai berlepas(tapi sempat urut badan ) hehhhehehehe. 

Di LCCT tunggu ahli ahli yang lain dan tunggu ketua jemaah (aunty aku) actually kami pergi dekat 13
 org  termasuk si kecil tisya .naik fllight pukul 12 smpi sana dalam 12.55 vietnam time.after ambik barang barang kami bergegas cari teksi ,nak cari teksi vinasun tapi dapat nya ,bukan tapi selamat jugak smpi ke hotel Ha My 2 ,tgk dari luar kecik ,tapi kat dalam cantik siap ada bath tub lagi .berbalik kepada  teksi vietnam saya nasihatkan  korang ambik kat dalam airport je murah dan selamat .




RASA HATI RINI : Masak Masak hujung Mingu

RASA HATI RINI : Masak Masak hujung Mingu

Masak Masak hujung Mingu


NASI KERABU  TUMIS RESEPI TOK MEKSOM 

Monday 17 June 2013

gambar mkn mkn di halal saigon


mee pho tisya suka sangat  

sedap tapi sikit vienamese coffeee 

vietnamese popia  sedap jugak tapi rasa ada udang ngan mihun  siap ada kuah kacang 

but the popiah goreng sangat bangat best  bestttt ada shripm and crab meat

vitnemese fried noodle sedap jugak macam lakna kuah dia tapi mee tu goreng deep fried 
this is it halal saigon ,one of the famous halal restaurant but  quite expensive for   tourist yang nak shopping macam saya heheh 

gambar jalan jalan di saigon