Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2ZMWvM5au sweet aisyah : BACHOK KELANTAN ,PK HEM DI TEMBAK MATI

Pages

Monday 8 July 2013

BACHOK KELANTAN ,PK HEM DI TEMBAK MATI

Gambar Guru di tembak Di Bachok , Kelantan MAKLUMAT AWAL SATU KES TEMBAK BERLAKU DI BERHAMPIRAN SEKOLAH KEB. BERIS PANCHOR, BACHOK PADA JAM 2.00 PTG. 

SUSPEK TELAH MELEPASKAN 3 DAS TEMBAKAN KE ATAS 1 L MELAYU  YANG BERADA DI DALAM M/KAR MERCEDES. MANGSA MATI DITEMPAT KEJADIAN. 

Maklumat Mangsa :
Nama : Hashim Mat Zin
Umur : 40an
Kerja: Pen. Kanan HEM Sek. Keb. Beris Panchor, Bachok.

Kemaskini...

Punca Sebenar Kejadian

Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, mangsa telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali. Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu. Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu. Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sebagai guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dan lain-lain . Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dlm siasatan. Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital RPZ II KB utk bedah siasat yg dijangka akan dijalankan malam ini.


kata satu sumber yang saya baca dari facebook , kereta tu bergerak sendiri masuk ke perkarangan rumah  .dan beliau meninggal di situ .Ya Allah selamatkan bumi kelantan ni  dari kekejaman begini .kejadian ni berlaku dekat dengan tmpt aku pulak tu ..

No comments :

Post a Comment