Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2ZMWvM5au sweet aisyah : Wanita OKU dikurung di bawah rumah

Pages

Saturday 28 June 2014

Wanita OKU dikurung di bawah rumah


Nazita h dibantu oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis keluar dari dikurung di bawah rumahnya di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Rosni Masri
TUMPAT 27 Jun - Kurang seminggu, negara digemparkan dengan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di Negeri Sembilan, Sabtu lalu, satu lagi kisah yang hampir serupa berlaku di negeri ini.
Dalam kejadian di sini, seorang wanita OKU yang dikurung di bawah rumahnya di Kampung Pasir, Pekan Hulu di sini sejak lebih 10 tahun lalu, diselamatkan oleh polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, hari ini.
Ketika diselamatkan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nazitah berada dalam keadaan tidak terurus, kurus manakala 'bilik khas' di bawah rumah yang menjadi tempat dia dikurung itu pula dipenuhi najis, sempit dan gelap serta hanya menerima bekalan air dari luar.
Wanita yang berusia 30-an itu dipercayai dikurung oleh ahli keluarganya sendiri selepas kematian ibu bapanya. Dia yang mempunyai masalah sindrom down kemudian dibawa ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan.

ANGGOTA polis memotong kunci pagar besi bilik di bawah rumah yang mengurung seorang wanita OKU di Tumpat, Kelantan, semalam.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharudin Rasip memberitahu, mangsa ditemui pada pukul 3.30 petang oleh penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis dan JKM.
Katanya, polis dan JKM yang tiba di lokasi kejadian selepas itu mendapati mangsa dikurung di bawah rumah dan berada dalam keadaan yang menyedihkan.
"Polis terpaksa memotong jeriji besi pada bilik berkenaan untuk mengeluarkan mangsa yang dibiarkan seorang diri. Mangsa dipercayai dikurung selepas kematian kedua-dua ibu bapanya kira-kira 10 tahun lalu," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Zaharudin berkata, maklumat awal yang diperoleh, mangsa dijaga oleh abang kandungnya yang tinggal berdekatan rumah berkenaan.
"Kita akan menjejaki abang mangsa dan siasat punca mangsa dikurung. Daripada maklumat awal juga kita mendapati mangsa dikurung kerana bimbang dia merayau di tempat awam," katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Rubiah Abdullah, 54, berkata, dia sedih dan langsung tidak tahu mangsa dikurung dalam keadaan menyayat hati di rumah berkenaan.
"Apa yang saya tahu, ahli keluarganya memang tidak membiarkan mangsa berkeliaran di tempat awam tetapi tidak sangka dikurung pula di situ," katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140628/dn_10/Wanita-OKU-dikurung-di-bawah-rumah#ixzz35z8FDqQ8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments :

Post a Comment