Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz2ZMWvM5au sweet aisyah : Budak oku yg dikurung .kurus kering

Pages

Sunday 22 June 2014

Budak oku yg dikurung .kurus kering

Ya Allah kucing pun sayang kan anak dia  ini kan manusia.perumpamaan tu dah semakin tidak tepat  dan salah sama sekali kalu tgk berita dua hari lepas bila budak cp dia buat macam tu .Kalu tak nak sangat anak tu baik letak jer kat umah anak anak yatim ker .Tahu tak tu ank syurga  makan apa lah budak ni .sah sah dah lama tak makan .Tragis betul cerita ni dan membuatkan ramai  yang terkesan dgn berita ni .Sumber: Berita Terkini Budak OKU Dikurung Hingga Kurus Kering | melvister.com
 Berita terkini kes budak OKU dikurung hingga kurus kering di Rumah Pangsa Taman Semarak. Operasi menbanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) pada awal 2 pagi 21 Jun 2014 di rumah pangsa di Taman Semarak Nilai membawa kepada penemuan seorang budak lelaki OKU dalam keadaan tragis. Budak OKU yang dipercayai berusia 15 tahun itu ditemui dengan keadaan kurus kering dan mengenakan baju yang hampir reput. Difahamkan budak OKU itu telah dikurung dalam salah satu bilik rumah tersebut tanpa diberi makan dan minum. Manakala suasana rumah itu juga penuh dengan najis dan bau yang kurang menyenangkan. Susulan itu, ibu kepada remaja OKU tersebut yang dipercayai berasal dari Sabah ditahan untuk siasatan lanjut.
budak-oku-kering
Update Terkini: Remaja lelaki OKU yang berusia 15 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Firdaus Dullah dan merupakan seorang warganegara Malaysia. Ibunya yang berasal dari Sabah merupakan ibu tunggal setelah berpisah dengan suami. Penyakit yang dihidapi remaja OKU tersebut dikenali sebagai ‘celebral palsy’ iaitu penyakit kegagalan bahagian otak untuk mengawal pergerakan otot.
Wajah Sebenar Muhammad Firdaus Dullah Budak OKU
Wajah Sebenar Muhammad Firdaus Dullah Budak OKU
Ini adalah gambar wajah sebenar remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah yang diambil pada 5 November 2011. Berbeza dengan keadaan sekarang apabila si mangsa dilihat dalam keadaan yang terbiar sehingga kurus kering.
wajah-sebenar
wajah sebenar 2
gambar dulu
wajah


No comments :

Post a Comment